KDN keluar 89,771 lesen senjata api

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan sebanyak 89,771 lesen bagi memiliki senjata api sehingga 31 Disember lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12,917 lesen adalah bagi senjata api jenis pistol; 1,789, raifal (2,243); shortgun (63,145); pumpgun (7,731) dan lain-lain senjata seperti senapang pelali, stungun, speargun serta penembak paku, 1,946 lesen.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi membanteras penyeludupan senjata api, polis sudah mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959, Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, melalui Ops Cantas Khas.

"Di samping itu, pasukan keselamatan sudah mengetatkan kawalan di semua pintu masuk sah negara dan laluan tidak sah di kawasan sempadan dengan negara jiran.

"Kawalan ketat juga dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa di perairan negara dan jaringan kerjasama dalam pertukaran maklumat perisikan sudah diadakan dengan negara jiran bagi membanteras aktiviti ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen, Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang ingin tahu mengenai jumlah, jenis lesen dan langkah diambil kerajaan bagi menangani masalah penyeludupan masuk senjata api.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada