688,766 warga asing diberi kerakyatan

Kerajaan menganugerahkan sijil kewarganegaraan kepada 688,766 warga asing sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga 31 Januari lalu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata daripada jumlah itu, tiga warga negara asal paling ramai diberi kerakyatan ialah China iaitu 69,904 orang; diikuti Indonesia (38,024) dan India (19,301).

Beliau berkata, warga Malaysia yang dilucut kerakyatan bagi tempoh sama ialah 10,828 orang.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan warga asing diberi kerakyatan mengikut negara asal sejak negara merdeka.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada