Ahmad Zahid Serah Kepada Polis Pantau Perhimpunan Tertutup Esok

Polis akan memantau perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam esok.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turut menyertai perhimpunan itu yang dilihat cuba memburuk-burukan kepimpinan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan melaksanakan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard.

"Saya secara peribadi dan rasmi tidak akan campur tangan.

"Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) tindakan dilakukan mengikut undang-undang sedia ada," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmi dan mempengerusikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-23, di sini, hari ini.

-BERNAMA-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada