Jangan Lupa Jasa Polis


"(Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada)". Betapa gah dan sinonim tema sambutan Hari Polis ke-209 yang berlangsung kelmarin dan disambut meriah di seluruh negara

Buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), pastikan tema itu selaras dengan matlamatnya. Masyarakat pula harus akur betapa besarnya pengorbanan anggota PDRM


Bayangkan selama 209 tahun yang ditempuh, terlalu banyak nyawa melayang menentang komunis, militan, penjenayah dan segala bentuk ancaman

Jangan sesekali lupakan wira Lahad Datu, Sabah yang terkorban menentang penceroboh. Cabaran era moden ini memang cukup berbeza kerana dahulu musuh boleh dilihat secara fizikal tetapi hari ini ia boleh hadir di alam siber

Mahu atau tidak, PDRM mesti seiring dengan peredaran zaman dan jika masyarakat bekerjasama penuh, polis akan lebih berbangga melaungkan lagu keramat Sedia Berkhidmat

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada