Rukun Tetangga akan dijenamakan semula

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Rukun Tetangga (RT) akan dijenamakan semula dan diberi pengisian baharu sesuai mengikut perubahan semasa.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, pembabitan golongan muda termasuk remaja akan dibuka bagi membolehkan RT memperluaskan fungsi dan peranannya.


Beliau berkata, pada masa ini RT hanya berfungsi sebagai satu bentuk sistem kawalan keselamatan saja.

"Bagi menghadapi cabaran masa depan, RT perlu ditransformasikan supaya ia juga dapat menjadi medium perpaduan rakyat terutama komuniti setempat," katanya berucap merasmikan Majlis Perhimpunan RT 2016 di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.

Perhimpunan itu mengumpulkan kira-kira 7,000 ahli RT dari seluruh negara. Sebanyak 20 gerai menyertai pameran dan jualan produk hasil program dijalankan RT.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada