Ahmad Zahid Gesa Parti Komponen BN Rancakkan Persediaan PRU14

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya merancakkan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata mereka perlu sentiasa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama golongan miskin.

Menurutnya ini boleh dilakukan dengan membuka bilik gerakan yang berperanan memberi khidmat kepada masyarakat.

"Kita berharap usaha ini membolehkan kita merampas semula negeri seperti Selangor dan negeri lain daripada pembangkang," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Subang di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail.

Ketika berucap, Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas sebagai timbalan perside3n UMNO, menunjukkan teks ucapannya yang agak panjang namun beliau terpaksa meringkaskan ucapannya kerana suaranya yang serak.

Mengenai khabar angin kononnya beliau diserang sakit jantung dan angin ahmar semalam, katanya, ia tidak benar.

"Saya memaafkan pihak yang menyebarkan khabar angin itu...saya masih masih sihat, cuma penat dan suara serak kerana merasmikan lapan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian minggu ini.

"Saya terpaksa jumpa doktor buat pemeriksaan, bukan kerana diserang sakit jantung seperti khabar angin yang menyatakan ramai mendoakan saya cepat padam (meninggal dunia)," katanya.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada