Malaysia sedia bincang dengan Korea Utara - TPM

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar bersedia mengadakan perbincangan dengan delegasi Korea Utara, di negara ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik mengenai nasib 11 rakyat Malaysia yang dihalang pulang di Pyongyang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Wisma Putra akan berbincang dengan mereka (Korea Utara) untuk menyelesaikan masalah ini secara baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2015 dan Pelancaran Novel Sejarah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia (PSM), di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia bergantung kepada ancaman Korea Utara, namun setakat ini beliau percaya mereka akan bertindak secara rasional.

"Kami percaya apa yang penting adalah untuk kita mengekalkan hubungan diplomatik dengan mereka. "Saya rasa apa yang penting ialah keselamatan rakyat kita di Pyongyang dan saya fikir mereka juga sangat mengambil berat mengenai keselamatan rakyat mereka di Malaysia," katanya.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi