Kawalan Sempadan Dipertingkat

KUALA NERUS - Malaysia meningkatkan pemantauan dan kawalan keselamatan di sempadan negara bagi memastikan ekstremis dari Marawi yang menjadi buruan tidak menyusup ke dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pintu masuk ke dalam negara sudah diletakkan dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

"Selain itu, lorong-lorong tikus dipantau agensi kawalan sempadan, polis marin mengawal pantai bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Di Pantai Timur Sabah, kita memperkuatkan kedudukan ESCOMM dan agensi penguatkuasa yang ada di sana. "Kita tidak mahu negara kita turut menjadi ancaman," katanya pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini.

Ahmad Zahid berkata, polis sudah melakukan penahanan semalam dengan beberapa orang yang termasuk dalam senarai syak PDRM.

"Malah, kita tidak akan berhenti di situ. Kita akan meneruskan pemburuan ini sehingga semua senarai syak yang ada pada kita tidak akan terlepas," katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada 104 anak yatim.

Beliau yang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman turut menunaikan solat Maghrib selepas berbuka puasa bersama kira-kira 1,500 penduduk setempat dan kakitangan KDN.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada