TPM hadir sambutan Vaisakhi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis rumah terbuka Gurdwara Sahib Sentul sempena Hari Vaisakhi, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, tiba di Gurdwara Sahib Sentul jam 10.30 pagi dan meluangkan masa bersarapan bersama tetamu. Beliau disambut Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta kira-kira 300 tetamu. Hari Vaisakhi disambut masyarakat Sikh bagi memperingati kelahiran 'Khalsa'.

Pada majlis sama, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sumbangan RM400,000 kepada Gurdwara Sahib Sentul untuk membiayai kos pengubahsuaian gurdwara berkenaan.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi