Peruntukan RM70 Juta Bina Jambatan Kampung Long Lama

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan RM70 juta bagi pembinaan jambatan di Kampung Long Lama, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan.

Beliau sebelum itu menggunakan feri yang digunakan penduduk sebagai pengangkutan untuk berulang-alik di dua kawasan di kampung itu yang dipisahkan oleh Sungai Baram.

"Saya rasai sendiri pengalaman menaiki feri...jadi saya cakap dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) kena buat jambatan cepat-cepat.

"Saya kemudian hubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), terus dia luluskan RM70 juta untuk buat jambatan," katanya pada majlis bersama Rela dan pelancaran projek menaik taraf bekas jalan balak di kampung itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid memilih jalan darat untuk ke majlis berkenaan, perjalanan lebih dua jam dari bandarraya Miri, melibatkan jarak kira-kira 140km.

-BERNAMA-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada