RM15.38 Juta Bagi Naik Taraf Jalan Ulu Krian

Kerajaan meluluskan peruntukan RM15.38 juta bagi menaik taraf Jalan Ulu Krian Fasa II sepanjang 10.25km, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, katanya jaringan telekomunikadi di kawasan pedalaman itu akan turut dinaik taraf bagi memudahkan penduduk menikmati akses internet dengan lebih mudah.

Justeru, beliau meminta penduduk luar bandar bijak memilih calon yang akan membawa pembangunan ke kawasan itu daripada memilih calon yang belum pasti dapat memberikan sesuatu.

"Pastikan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mendapat sokongan penuh bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dapat dibawa ke kawasan ini," katanya semasa berucap di Rumah Jawi anak Landu di Krian, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing, calon BN Krian, Kilat Beriak dan calon BN Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz.

Pada pilihan raya negeri 2011, kerusi itu dimenangi oleh calon PKR, Ali Biju dengan majoriti 2,090 undi.

-BERNAMA-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada