Beri pelbagai insentif majukan sektor runcit

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan insentif secara langsung dan tidak langsung untuk manfaat sektor peruncitan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar perniagaan peruncitan adalah kunci ekonomi moden negara dan penyumbang ekonomi keempat terbesar negara selepas industri minyak dan gas, pertanian dan pembuatan.

"Sumbangan sektor itu juga penting kepada ekonomi rakyat dan masa depan ekonomi negara," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) di sini, malam ini.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi