Zahid Tiba Di Kuching Untuk Lawatan Kerja

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 7.45 semalam untuk lawatan kerja ke Sarawak.

Hari ini beliau dijadual menghadiri dua program iaitu Sejiwa Senada di Samarahan dan majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Entawa Undop di Sri Aman sebelum dijadual pulang ke Kuala Lumpur, petang ini.


Ketibaan beliau disambut Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Kemudahan Awam dan Pembangunan Perindustrian Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kira-kira 50 ketua masyarakat dan pemimpin setempat turut hadir bagi menyambut ketibaan Ahmad Zahid.

-Bernama-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi