10 perwakilan Malaysia baharu buat kunjungan ke atas Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan seramai 10 ketua perwakilan Malaysia yang baharu di Pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Daripada 10 ketua perwakilan itu, sembilan dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu, Iran, Hungary, Ireland, Laos, Kazakhstan, Argentina, Baharin, manakala seorang lagi sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India. 


Dalam pertemuan kira-kira 45 minit itu Timbalan Perdana Menteri menyampaikan amanat agar mereka terus membawa nama baik negara dan mempromosikan Malaysia terutama dalam industri halal.

-UTUSAN

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada