TPM hadir Majlis Santapan Malam

BANDAR SERI BEGAWAN - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam hadir di Istana Qashr Al-Meezan di sini, bagi Majlis Santapan Malam dihoskan Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Ia sempena lawatan kerja rasmi sehari Timbalan Perdana Menteri ke Brunei.

Sebelum itu, beliau mengadap Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam di istana sama. Timbalan Perdana Menteri berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 10 malam.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada