Lesen Tempatan Untuk Rakyat Malaysia Di Qatar

DOHA - Rakyat Malaysia yang tinggal di Qatar menerima berita gembira apabila lesen memandu Malaysia mereka secara automatik boleh ditukarkan kepada lesen memandu tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keluhan rakyat Malaysia mengenai isu lesen memandu disampaikan kepada Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani, semalam.

Walaupun mempunyai lesen memandu di Malaysia, katanya rakyat terpaksa mengikuti latihan dan menjalani ujian memandu dengan alasan pemanduan di Qatar adalah di sebelah kiri.

"Dalam pertemuan itu, saya menyatakan bahawa ada negara lain yang kaedah pemanduan di sebelah kanan, tetapi lesen memandu mereka diterima oleh Qatar secara automatik untuk ditukarkan kepada lesen tempatan.

"Dalam masa lima minit, Perdana Menteri Qatar menghubungi dan mengarahkan pegawai berkaitan supaya meluluskan permintaan rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, hubungan baik dengan Qatar menyebabkan permintaan itu diluluskan tanpa perlu dilakukan secara rasmi atau melalui perjanjian persefahaman.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada