TPM Ucap Tahniah Kejayaan Jun Hoong Lakar Sejarah

Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan Cheong Jun Hoong sebagai kebanggaan negara dengan melakar sejarah, menjadi atlet Malaysia pertama meraih pingat emas pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary pada Rabu (Khamis di Malaysia).

"Tahniah #cheongjunhoong juara dunia acara 10m platform wanita. Sejarah tercipta dan menjadi kebanggaan negara .Terima kasih atlet negara," katanya dalam laman Twitter beliau.

Penerjun berusia 27 tahun berasal dari Perak itu, yang merupakan gandingan Pandelela Rinong meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat 397.50 mata dalam acara 10m platform individu wanita.

Bekas juara dunia, Si Yajie dari China, memenangi pingat perak dengan catatan 396.00 mata, manakala rakan sepasukannya, Ren Qian, yang meraih pingat emas Sukan Olimpik 2016 di Rio, menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 391.95 mata, menurut laman web rasmi Fina; www.fina.org.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi