TPM Ahmad Zahid Meriahkan Rumah Terbuka KBS

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Bukit Jalil.

Beliau yang tiba pada pukul 6.30 petang disambut oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan meluangkan masa kira-kira setengah jam di majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 tetamu itu.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran atlet-atlet kebangsaan dan persembahan artis-artis tempatan.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada