Pinggan tak retak, nasi tak dingin - Zahid

MELAKA - Penegasan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk tidak kembali kepada UMNO dialu-alukan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden itu berkata, UMNO juga tidak akan sesekali menerima kembali bekas pemimpin yang gila talak yang hanya mahu kekal berkuasa.


"Ini sudah 22 tahun kita beri peluang. Dia pun dah pergi...(keluar parti). Hendak jadi Perdana Menteri (PM) sekali lagi, gila talakkah orang itu?

"Semalam, dalam kenyataan akhbar dia menyatakan tidak akan kembali kepada UMNO. Siapa yang hendak! Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Engkau tak hendak, kami pun tak ingin," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Hotel Mahkota, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Wira Latiff Tamby Chik; Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

BH hari ini melaporkan Tun Mahathir menegaskan yang beliau sama sekali tidak akan kembali kepada UMNO yang pernah diterajuinya selama 22 tahun sebagai presiden.

Sebelum mengambil keputusan menolak UMNO sepenuhnya, bekas perdana menteri itu mengakui pernah mencuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan itu.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada