Saya juga pernah jadi tahanan ISA -Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini akan berkongsi dengan penonton Astro Awani mengenai pengalaman hidupnya termasuk sebagai seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menerusi segmen 'ObvioUsly Harith Iskander (OHI)'.

Rancangan bual bicara bersahaja itu akan turut mengupas pengalaman Ahmad Zahid sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan.


Apa yang menarik ialah, Ahmad Zahid yang memasuki set rakaman menggunakan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson dan lengkap berjaket akan turut menceritakan mengenai kisah kehidupan beliau ketika dijaga oleh keluarga angkat Cina ketika kecil.

Akhir sekali, sesi bual bicara OHI selama satu jam itu dan akan ke udara pada pukul 9.30 malam ini di saluran 501 akan turut membawa bersama enam orang cucu Ahmad Zahid yang akan bercerita mengenai datuk mereka.

-UTUSAN ONLINE-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada