Ternyata Calon BN Produk Kepimpinan Pilihan Rakyat DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

Pemilihan calon yang diputuskan oleh kepimpinana parti Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar membuktikan produk kepimpinan yang terbaik untuk rakyat.

Demikian yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui bahawa perkara tersebut menjadi salah satu faktor melakarkan kemenangan BN di parlimen ini.


“Susunan gerak kerja yang teratur dan mengambil kira calon yang dipilih kepimpinan parti adalah produk yang boleh diketengahan dan material kepimpinan yang baik.

“Produk politik yang baik dan ia agak beruntung kepada pengundi dan rakyat di Kuala Kangsar yang mewakilrakyatkan kepada Datin Mastura Yazid,”katanya selepas diumumkan keputusan PRK Kuala Kangsar, malam tadi.

Faktor kejayaan parti keramat ini juga didorong oleh perpaduan dalam kalangan kepimpinan UMNO dan BN negeri Perak khususnya di peringkat parlimen berkenaan.

Tambah Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid, hal ini juga dibantu oleh hasil kerjasama jentera UMNO di bahagian serta negeri-negeri angkat.

“Syukur kepada Allah kerana dalam serba kepayahaan untuk kami raih kemenangan di Kuala Kangsar ini, ia adalah atas kerjasama semua peringkat di jentera-jentera bahagian, cawangan dan PDM, ia beri kerhasilan yang membanggakan.

“Ia merupakan kesinambungan di mana penduduk di Kuala Kangsar masih perlu politik pembangunan untuk direalisasikan dan politk pembangunan ini hanya boleh dibawa oleh kepimpinan Barisan Nasional sahaja.

“Terima kasih juga kepada pihak peringkat Negeri dan Pusat dan PDM dan akar umbi yang membantu dan juga kepada rakan wartawan yang bertungkus lumus,”katanya sambil berkata komitmen yang diberikan oleh anak Datin Mastura sebagai wakil turut memudahkan kerja jentera BN.

Beliau selaku Penyelaras kepada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar juga menzahirkan penghargaan buat pengundi khususnya masyarakat Cina yang telah kembali memberi keyakinan semula kepada BN.

“Saya terima kasih kepada pengundi di Sg Besar terutama pengundi Cina di Sekinchan dan di pekan Sg Besar yang telah mengembalikan kepercayaan kepada calon BN . Begitu juga pengundi Cina di Kuala Kangsar yang telah juga mula beri kejayaan (majoriti besar) kepada kami,”ujar Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid.

-Jayan Nair-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada