Sentiasa Imarahkan Masjid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta umat Islam sentiasa mengimarahkan masjid, bukan sekadar pada bulan Ramadan sahaja, tetapi perlu diteruskan sepanjang tahun.

Beliau berkata pengisian pelbagai program yang bertumpu di masjid-masjid seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Selangor yang akan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu misalnya, perlu diteruskan sepanjang tahun.

"Banyak program mengimarahkan masjid dengan pelbagai pengisian sepanjang pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini.

"Ini merupakan satu amalan yang perlu diteruskan," katanya ketika berucap pada majlis program penerapan nilai-nilai murni pada bulan Ramadan serta majlis berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Hishamiah Kampung Talang di sini, hari ini.

Pada majlis itu Zahid turut menyampaikan sumbangan raya kepada 100 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin dan anak yatim Kampung Talang.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Selepas berbuka puasa, Zahid menunaikan solat maghrib di Masjid Al-Hishamiah. Beliau kemudiannya ke Masjid Sultan Abdul Jalil Kampung Bendang Panjang untuk menunaikan solat isyak dan sunat tarawih.

-BERNAMA-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi