PRK: BN pertahan kerusi Sungai Besar

Seperti dijangkakan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) malam ini.

Budiman Mohd Zohdi menerima 16,800 undi dengan undi majoriti sebanyak 9,191 mengalahkan dua lagi calon Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur (Parti Amanah Negara).


Azhar memperolehi jumlah undi 7, 609 manakala Dr Abdul Rani memperolehi undi sebanyak 6,902.
Kemenangan Budiman dengan jumlah undi keseluruhan sebanyak 16,800 itu terus mengukuhkan kedudukan BN di kawasan Parlimen Sungai Besar apabila beliau berjaya mengembalikan semula kepercayaan ramai pengundi dengan jumlah undi lebih banyak berbanding dengan penyandang terdahulu, Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013, Noriah menang tipis dengan memperolehi undi sebanyak 18,695 dengan mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M Husin yang memperolehi undi sebanyak 18,296.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi