TPM Ahmad Zahid Lawat Pusat Media PRK Kuala Kangsar

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa beramah mesra dengan warga media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Beliau yang tiba pukul 4.45 petang, meluangkan masa selama setengah jam meninjau operasi di pusat berkenaan, selain turut beramah mesra dengan pengamal media yang membuat liputan pada PRK itu.

Seramai 122 pengamal media dari pelbagai agensi meliputi media cetak, media sosial dan media penyiaran, terlibat dalam liputan PRK itu sejak hari penamaan calon pada 5 Jun lepas, sehinggalah hari pengundian PRK itu pada 18 Jun ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Presiden UMNO turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada warga media dan warga Jabatan Penerangan yang bertugas di pusat berkenaan.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ia menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada