1,000 Berbuka Puasa Bersama Zahid

Hampir 1,000 orang menghadiri Program Penerapan Nilai Murni Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Sri Satria, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Parlimen serta pemimpin UMNO.

Ia turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Besar yang baharu, Budiman Mohd Zohdi serta sahabat politik Zahid.

Pada majlis itu, Zahid menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kira-kira 150 anak yatim dari empat rumah anak yatim di Selangor.

Beliau turut mengerjakan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi