Mungkin Wujud Kempen 'Reverse Psychology' Untuk Benci BN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan wujudnya kempen berbentuk 'reverse psychology' untuk memburukkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Naib Presiden BN itu menjelaskan 'reverse psychology' bermakna seseorang itu seolah-olah memberi pujian kepada BN tetapi sebenarnya menimbulkan kebencian terhadap parti itu.


"Kita harus faham dalam keadaan kempen pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk kaedah 'reverse psychology' untuk membenci BN," katanya dalam sidang media selepas melawat Markas Taktikal (MARTEK) di bu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, hari ini.

-Bernama

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi