Ketepikan perbezaan demi kemakmuran negara - TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam di negara ini mengetepikan perbezaan pendapat dan politik demi kemakmuran negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun umat Islam di negara ini mempunyai latar belakang dan pendirian politik berbeza, matlamat mereka adalah sama iaitu memastikan kesyumulan Islam, perpaduan ummah serta berada dalam negara yang diredai Allah.

"Perpaduan ummah di negara ini didapati bertambah baik, tiada perbezaan mazhab, yang ada hanya perbezaan pendapat tetapi ia ditangani menerusi akhlak serta adab berikhtilaf," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Tadarus al-Quran Perdana Sempena Ramadan 1437 Hijrah Kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini sebentar tadi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, Malaysia selama ini amat dikenali di peringkat antarabangsa sebagai negara Islam sederhana yang maju.

Justeru, katanya, umat Islam di negara ini harus sentiasa berada di barisan hadapan dalam perpaduan ummah serta menjadi contoh dan ikutan negara Islam lain.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi