TPM ziarah jenazah anggota RELA maut nahas

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini menziarahi jenazah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang maut dalam kemalangan petang tadi.

Zainol Fuad Zahar, 52, yang sudah lima tahun menjadi anggota pasukan itu maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kuala Kangsar - Manong dekat Kampung Ketior, kira-kira jam 6 petang tadi. Mangsa adalah anggota RELA yang bertugas membuka pintu kenderaan Ahmad Zahid ketika tiba di Manong untuk program RELA Bersama Pemimpin petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa yang juga seorang duda dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Chandan manakala MPV dalam perjalanan ke Manong.

Ahmad Zahid tiba kira-kira jam 11.30 malam dan menghabiskan masa kira-kira 10 minit menziarahi mangsa dan menyampaikan ucapan takziah kepada abang mangsa, Zamry Azhar, 57.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Zahid berkata, mangsa adalah seorang yang sangat dedikasi dengan tugasannya dan kerajaan akan menguruskan tuntutan insuransnya.


-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada