Umat Islam Diseru Beri Imej Baik Terhadap Islam

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan umat Islam agar memberi gambaran baik terhadap Islam kepada golongan bukan Islam bagi menghakis fenomena Islamofobia.

Timbalan Perdana Menteri menyeru umat Islam agar memberi gambaran baik dengan menjaga keharmonian beragama dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

"Islam maknanya keamanan, selamat sejahtera. Islam tidak ada musuh. Kenapa ada istilah Islamofobia adalah kerana hanya seorang dua sahaja yang terlibat dengan kegiatan jenayah," katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di Madrasathul Faridiyah di Setapak, di sini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi pembinaan Maahad Tahfiz Faridiyah di sini.

Beliau berkata peruntukkan itu diluluskan bagi membina sebuah kompleks empat tingkat yang akan menempatkan sejumlah 130 pelajar tahfiz.

Dalam majlis sama, Ahmad Zahid yang turut menunaikan solat Tarawih bersama jemaah serta menyampaikan sumbangan keperluan asas bernilai RM250 kepada 1,000 asnaf terpilih di sekitar kawasan Parlimen Setiawangsa dan Wangsa Maju.

Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abd Halim Abd Samad dan Pengerusi Madrasathul Faridiyah, Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada