BN perlu pastikan semua pengundi putih keluar mengundi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa jentera Barisan Nasional (BN) untuk memastikan semua pengundi, terutama pengundi putih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar esok.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika hujan sekali pun pada hari pengundian, ia bukan alasan untuk jentera parti kerana kereta yang cukup sudah disediakan bagi tujuan berkenaan.


"Esok adalah hari terakhir perjuangan kita. Saya tahu semua bekerja siang malam untuk memastikan kemenangan calon BN, Budiman Mohd Zohdi. Kita sudah sediakan motosikal dan juga kereta untuk membawa pengundi.

"Jadi, pastikan semua pengundi putih keluar. UMNO Bahagian, Pemuda dan Puteri UMNO perlu kerahkan semua keringat yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi amanat terakhir kepada kira-kira 5,000 jentera BN di sini, malam ini. Yang turut hadir, Pengarah PRK Sungai Besar, Tan Sri Noh Omar; Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Naib Ketua Puteri, Zahida Zarikh Khan dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada