Syed Rosli Akan Dipecat Jika Bertanding
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, akan dipecat daripada UMNO jika bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan itu pasti akan dilakukan parti kepada sesiapa sahaja ahlinya yang bertanding dalam pilihan raya menentang calon Barisan Nasional (BN).