BN Bukan Parti Politik Bermusim
Barisan Nasional (BN) tidak pernah menjadi parti politik bermusim dalam usaha membawa kemajuan kepada seluruh penduduk Sarawak.
Menegaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama erat Kerajaan Pusat dan negeri sentiasa memberi keutamaan kepada perkara itu.
Menegaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama erat Kerajaan Pusat dan negeri sentiasa memberi keutamaan kepada perkara itu.
"Bukan riak, bukan takabur. Kita berusaha dan berdoa. Sesuatu rezeki itu datang dengan halal, dengan kebaikan datang daripada Allah kepada kita.
"Sebab kita melihat ada yang meminta, ada yang mengusahakan dan ada yang menerima. Wakil rakyat meminta untuk membantu rakyat.
"Lepas pilihan raya, kita turun lagi untuk bertemu RELA sebagai benteng kedua pertahanan negara, bukan masa pilihan raya sahaja. Saya nak pastikan tiap-tiap bulan bertemu dan bantu RELA," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian berucap pada Program Pemimpin Bersama RELA di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, semalam.
-Berita Harian-