Tiada projek pengangkutan awam akan tertangguh
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan tiada mana-mana projek
pengangkutan awam akan ditangguhkan, ujar Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Tegasnya, semua projek berkenaan akan dipastikan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
"Kita akan pastikan tiada projek pengangkutan awam yang akan
tertangguh. Namun, jika ada yang tergendala, ia dipastikan pada tahap
minima," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Persatuan
Antarabangsa Pengangkutan Awam Asia Pasifik (UITP) ke-16 di sini hari
ini.
Pada masa sama kerajaan menyedari akan kekurangan tenaga kerja terutama dalam sektor pembinaan.
"Walaupun terdapat 1.99 juta pekerja asing yang berdaftar di negara
ini, namun majikan masih berhadapan dengan masalah kekurangan pekerja
yang memberi kesan kepada penangguhan beberapa projek,"
Masalah itu katanya sentiasa menjadi tumpuan kerajaan dan usaha memenuhi keperluan berkenaan sentiasa dilakukan.
-AstroAwani-