Zahid Puji Pameran Gambar Merdeka
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji inisiatif Pusat Sumber Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menganjurkan Pameran Gambar Merdeka kerana ia sangat bermanfaat untuk tatapan generasi muda. Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha itu perlu diteruskan di masa hadapan supaya orang ramai dapat terus mengingati sejarah kemerdekaan negara.