5 perkara dibincang bersama Thailand esok - Zahid
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhP2bUVXrvwnubFHfHr8Xm5v1D3Xa6riVjjQB4yphEihO2Swbru5Cs8cAgRgcnwyPtilsA8N3hY7GsvRMLEFUQdFrpW180wRt5Tzr2lvrcTFr9HVWdExnZ_J9KSpw6mr-0zTT6zHCcPR2I/s320/IMG_20160805_100316.jpg)
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, mereka melarikan diri sejak Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) diperkenalkan serta kerajaan mengisytiharkan Operasi Cantas 2.0.
Katanya, isu lain yang turut dibincangkan ialah keganasan rentas sempadan dan penubuhan Agensi Kawalan Sempadan yang menggantikan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).
“Perkara lain ialah kegiatan penyeludupan manusia dan penglibatan rakyat Thailand dalam penyeludupan dadah.
“Lima perkara ini akan saya bincangkan dalam mesyuarat dua hala esok bersama rakan sejawat, “ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
-UTUSAN ONLINE