Posts

Showing posts with the label Luar Negara

Qatar Setuju Bantu Pelarian Rohingya Di Malaysia

Image
DOHA - Qatar melalui Qatar Development Fund (QDF) bersetuju untuk membantu pelarian Rohingya dari Myanmar yang berada di Malaysia. Melalui kerjasama itu, QDF akan menyalurkan bantuan kewangan, manakala Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi penyelaras projek.

Malaysia Sokong Dialog Untuk Pergerakan Global Terhadap Pengeluaran WMD - Ahmad Zahid

Image
NEW YORK - Malaysia menyokong cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membangunkan landasan dialog berstruktur di semua peringkat bagi meningkatkan lebih banyak kesedaran, dengan tujuan menjana dorongan yang diperlukan untuk pergerakan global yang kukuh terhadap pengeluaran Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD) kepada pelaku bukan negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dialog itu harus melibatkan Anggota Parlimen, pihak industri, ahli akademik dan masyarakat awam.

MH17: Malaysia Komited Capai Keadilan, Pertimbang Proses Pendakwaan - Ahmad Zahid

Image
NEW YORK - Malaysia akan mempertimbangkan opsyen pendakwaan ke atas pihak yang bertanggungjawab menjatuhkan pesawat MH17 selepas penyiasatan yang kini masih dijalankan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) iaitu Belanda, Malaysia, Australia, Belgium dan Ukraine selesai. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia akan terus komited untuk mencapai keadilan bagi mangsa-mangsa pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Zahid Pengerusikan Perbahasan Terbuka UNSC Mengenai Pengawalan Senjata Pemusnah Besar-Besaran

Image
NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa (23 Ogos) mempengerusikan Perbahasan Terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Pengeluaran Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini. Mesyuarat itu bermula pada kira-kira 10 pagi waktu New York (10 malam di Malaysia), dengan Zahid menyampaikan ucapan pembukaan.

Inisiatif Malaysia galak dialog, kerjasama kawal WMD: TPM

Image
NEW YORK: Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan perbahasan terbuka Pengawalan Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD) bagi mengelak senjata itu digunakan kumpulan militan IS dan non-state actor (pelaku bukan negara) sehingga dunia porak-peranda. Pelaku itu mungkin membabitkan individu atau organisasi yang mempunyai kuasa ekonomi, politik atau sosial serta berpengaruh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, tetapi tidak tergolong atau bersekutu dengan mana-mana negara atau negeri tertentu yang menggunakan keganasan.

Zahid Lawat Amerika, Pengerusi Perbahasan Di Majlis Keselamatan PBB

Image
NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini semalam, Isnin (22 Ogos) untuk melakukan lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat dan mempengerusikan perbahasan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada hari ini. Menurut para pegawai Malaysia, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, akan mempengerusikan perbahasan tentang 'Cabaran Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara' di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Zahid Beri Sumbangan Peribadi Kepada Masjid Haroon Di Bangkok

Image
BANGKOK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang sedang dalam lawatan kerja dua hari ke Thailand, menunaikan solat Jumaat di Masjid Haroon di sini hari ini bersama umat Islam tempatan. Selain menunaikan solat Jumaat, timbalan perdana menteri turut memberi sumbangan peribadi kepada masjid yang terletak Jalan Charoen Krung di tengah-tengah ibu negara Thailand itu.

Malaysia Minta Thai Kemuka Senarai Dwi Warganegara Bersama Butiran Biometrik

Image
BANGKOK - Malaysia meminta Thailand mengemukakan senarai rakyatnya yang didakwa memiliki dwi kewarganegaraan bersama-sama dengan butiran Bio Metrik mereka bagi membolehkan isu terbabit diselesaikan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah sukar untuk menyelesaikan isu itu tanpa butiran Bio Metrik individu yang didakwa memiliki dwi kewarganegaraan.

5 perkara dibincang bersama Thailand esok - Zahid

Image
BANGKOK - Isu mengenai perbuatan penjenayah Malaysia menyembunyikan diri di Thailand antara perkara utama yang akan dibincang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama rakan sejawatnya dalam pertemuan mereka di sini, esok. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, mereka melarikan diri sejak Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) diperkenalkan serta kerajaan mengisytiharkan Operasi Cantas 2.0.

Zahid mulakan lawatan kerja dua hari ke Bangkok

Image
BANGKOK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini bagi memulakan lawatan kerja dua hari. Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada pukul 4 waktu tempatan disambut Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan para pegawai kedutaan.

Pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan - TPM

Image
COLOMBO (SRI LANKA) - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempelawa lebih ramai pelabur dari Sri Lanka memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpenting mereka. Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini jumlah pelaburan syarikat dari Malaysia di Sri Lanka kira-kira AS$2 bilion (RM8.1 bilion) dalam pelbagai sektor.

Malaysia Dan Sri Lanka Nikmati Hubungan Rapat - Ahmad Zahid

Image
COLOMBO (SRI LANKA) - Malaysia dan Sri Lanka menikmati hubungan yang rapat terutama dari segi diplomatik dan budaya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap pada majlis makan malam dengan Diaspora Malaysia di Sri Lanka dan kumpulan-kumpulan yang menjadi rakan Malaysia di sini malam tadi, Ahmad Zahid berkata lawatan dua hari beliau ke negara pulau republik itu, walaupun singkat, adalah penting.

Ahmad Zahid Buat Kunjungan Hormat Ke Atas PM Sri Lanka Dan Menteri Luar

Image
COLOMBO (SRI LANKA) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dalam rangka lawatan kerja dua ke Sri Lanka, dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pagi ini. Kunjungan hormat itu akan diadakan di pejabat Wickremesinghe di Temple Tree, Colombo 3, di sini, kira-kira 9.30 pagi.

Usahasama Hyrax-CPC Bukti Hubungan Baik Malaysia Dan Sri Lanka - Ahmad Zahid

Image
COLOMBO (Sri Lanka) - Usahasama antara syarikat Malaysia, Hyrax Oil dan syarikat minyak kebangsaan Sri Lanka, Ceylon Petroleum Corporation (CPC) membuktikan komitmen dan hubungan baik bukan sahaja antara komuniti perniagaan malah di peringkat kerajaan kedua-dua negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata inisiatif itu juga menunjukkan hubungan dua hala yang stabil dan semakin kukuh antara Malaysia dan Sri Lanka.

Ahmad Zahid Lawat Sri Lanka Dua Hari Mulai Khamis, Erat Hubungan Dua Hala

Image
COLOMBO (SRI LANKA) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan memulakan lawatan kerja dua hari ke Sri Lanka mulai Khamis, mempunyai jadual ketat termasuk melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Sr Lanka Maithripala Sirisena. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka Wan Zaidi Wan Abdullah berkata lawatan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara Kuala Lumpur dan Colombo.

India Mahu Malaysia Jadi Penggerak Utama Tangani Isu Antarabangsa

Image
NEW DELHI - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata India mahu Malaysia menjadi penggerak utama dalam menangani beberapa isu antarabangsa khususnya mengenai keganasan dan deradikalisasi. Timbalan Perdana Menteri, berkata perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi kepada beliau dalam satu pertemuan tertutup, lewat petang semalam.

India Mahu Malaysia Ketuai Dunia Perangi Keganasan - Ahmad Zahid

Image
NEW DELHI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata India mahu Malaysia berada di barisan hadapan dalam menangani ancaman keganasan dan radikal kumpulan militan Daesh di peringkat global. Beliau berkata ini dinyatakan dalam pertemuan tertutup antara beliau dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di residensi rasmi Modi di sini pada Selasa.

Malaysia Beri Jaminan Kepada India Akan Bantu Banteras Penyeludupan Rupee Palsu Ke KL - Zahid

Image
NEW DELHI - Malaysia memberi jaminan kepada India bahawa ia akan membantu negara itu membanteras penyeludupan rupee palsu ke Kuala Lumpur, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Selasa. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau memberi komitmen itu semasa mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatannya dari India, Rajnath Singh di pejabat beliau di sini, lewat Isnin.

TPM Zahid Percaya Kumpulan Sama Terbabit Penculikan Terbaharu Di Sabah

Image
NEW DELHI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya kumpulan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan yang berpangkalan di selatan Filipina mendalangi insiden penculikan terbaharu di perairan Sabah. "Setakat ini, tiada tuntutan wang tebusan diterima daripada mana-mana pihak tetapi saya percaya penculikan terbaharu itu didalangi kumpulan sama yang terlibat dalam siri penculikan rakyat Malaysia dan pelancong asing sejak beberapa tahun lepas," katanya di sini Selasa.

TPM Ahmad Zahid Tiba Di Ulaanbaatar Untuk Menghadiri Sidang Kemuncak ASEM Ke-11

Image
ULAANBAATAR (Mongolia) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-11. Pesawat yang membawa Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chinggis Khan di sini pada 4.24 petang (3.24 petang waktu Malaysia).