Ahmad Zahid Buat Kunjungan Hormat Ke Atas PM Sri Lanka Dan Menteri Luar
COLOMBO (SRI LANKA) - Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dalam rangka lawatan kerja dua ke
Sri Lanka, dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri
Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pagi ini.
Kunjungan hormat itu akan diadakan di pejabat Wickremesinghe di Temple Tree, Colombo 3, di sini, kira-kira 9.30 pagi.
Ahmad Zahid juga dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Sri Lanka Mangala Samaraweera di sini.
Timbalan perdana menteri juga dijadual melawat Asia Pacific Institute
for Information Technology (APIIT) di sini selain mengadakan pertemuan
dengan kumpulan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) cawangan Sri Lanka,
sebelum dijadual berlepas pulang ke tanah air pada kira-kira 2 petang
waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia).
Majlis DMDI melibatkan pertemuan dengan wakil-wakil masyarakat Melayu Sri Lanka.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di sini awal pagi
semalam sempena lawatan kerja dua hari bagi meningkatkan hubungan dua
hala antara Colombo dan Kuala Lumpur.
Semalam beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena.
-BERNAMA