Zahid Tiba Di Malta Untuk Hadiri Mesyuarat CHOGM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini pada Jumaat untuk menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-24.
Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta pada pukul 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi Sabtu waktu Malaysia) dengan turut diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.
Ahmad Zahid mempunyai jadual ketat yang antara lain bakal menghadiri majlis dialog, program pemukiman dan acara penutup CHOGM.
CHOGM yang bermula hari ini akan menangangi isu seperti perubahan iklim, migrasi, ekstremisme keganasan, pemerkasaan belia, kesaksamaan gender dan hak asai manusia.
Dengan bertemakan "Menambah Nilai Global", CHOGM 2015 mahu mendapat kekuatan Komanwel dalam politik antarabangsa untuk menghadapi isu-isu global.