Posts

Showing posts with the label CHOGM

Malaysia Dilantik Tuan Rumah CHOGM Ke-26 Pada 2020

Image
Malaysia dilantik menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-26 pada 2020, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pelantikan itu merupakan pengiktirafan terhadap peranan penting Malaysia sebagai anggota negara Komanwel sejak 50 tahun lalu. "Malaysia telah dilantik menjadi tuan rumah CHOGM pada 2020, 31 tahun selepas menghoskan mesyuarat berkenaan (1989)," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri majlis penutup CHOGM 2015 di Malta, di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM 2015 berkata, United Kingdom akan menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan pada 2018.

CHOGM berminat pelajari kejayaan Malaysia laksana deradikalisasi

Image
Kejayaan Malaysia dalam melaksanakan pemulihan atau proses 'deradikalisasi' terhadap pengganas dan golongan ekstremis sudah mencapai tahap 95 peratus, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan Malaysia dalam menangani pengganas sejak era komunis mendapat pengiktirafan dunia dan banyak negara menyatakan hasrat untuk mempelajari pengalamannya. "Saya telah berkongsi fakta-fakta mengenai kejayaan kita mencegah, membanteras dan memulih pengganas pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan mereka mahu mempelajari cara kita melakukan deradikalisasi," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri CHOGM di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Zahid Tiba Di Malta Untuk Hadiri Mesyuarat CHOGM

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini pada Jumaat untuk menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-24. Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta pada pukul 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi Sabtu waktu Malaysia) dengan turut diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.

Zahid Akan Hadiri CHOGM 2015 Di Malta Dari 27 Hingga 29 Nov

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Malta dari 27 hingga 29 Nov. Beliau akan diiringi isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis. Delegasi Malaysia juga terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dan para pegawai kanan Kementerian Luar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Unit Perancangan Ekonomi, menurut kenyataan Wisma Putra hari ini. CHOGM, sidang kemuncak dwi-tahunan, ialah platform penting bagi ketua-ketua kerajaan negara anggota Komanwel berkumpul bagi membincangkan isu-isu global dan komanwel dan membuat keputusan mengenai dasar-dasar dan inisiatif secara kolektif. CHOGM di Malta akan menangani isu seperti perubahan iklim, migrasi, ekstremisme dan keganasan melampau, membina daya tahan di negeri-negeri kecil, pembangunan mampan, memperkasakan belia, kesaksamaan gender dan hak asasi manusia. CHOGM 2015 bertemakan "Menambah Nilai Global" akan berus...