Posts

Showing posts with the label Ramadhan

Zahid gesa 'bikers' jaga imej

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengingatkan anggota kelab bermotosikal (bikers) supaya menjaga imej serta mengelak persepsi negatif yang sering dilontarkan masyarakat terhadap golongan itu. Beliau berkata biarpun bikers mempunyai personaliti dan cara pemakaian yang dianggap sesetengah pihak tidak begitu menggambarkan budaya Malaysia, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengabaikan nilai-nilai budaya dan agama yang sudah lama diamalkan di negara ini.

Kawalan Sempadan Dipertingkat

Image
KUALA NERUS - Malaysia meningkatkan pemantauan dan kawalan keselamatan di sempadan negara bagi memastikan ekstremis dari Marawi yang menjadi buruan tidak menyusup ke dalam negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pintu masuk ke dalam negara sudah diletakkan dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi. "Selain itu, lorong-lorong tikus dipantau agensi kawalan sempadan, polis marin mengawal pantai bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). "Di Pantai Timur Sabah, kita memperkuatkan kedudukan ESCOMM dan agensi penguatkuasa yang ada di sana. "Kita tidak mahu negara kita turut menjadi ancaman," katanya pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini. Ahmad Zahid berkata, polis sudah melakukan penahanan semalam dengan beberapa orang yang termasuk dalam senarai syak PDRM. "Malah, kita tidak aka...

TPM tunai tarawih bersama 2,000 penduduk

Image
KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di sini, malam ini. Timbalan Perdana Menteri tiba kira-kira jam 8.30 malam diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, dan disambut Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi. Ahmad Zahid menunaikan solat Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid negeri, Aizi Saidi Abd Aziz.  Timbalan Perdana Menteri kemudian menyertai hadirin menikmati moreh dengan juadah pulut panggang dan bubur pulut hitam. Terengganu adalah negeri pertama dikunjungi Ahmad Zahid untuk berbuka puasa sempena Program Penerapan Nilai Murni di bulan Ramadan, selepas mengumumkan akan ke setiap negeri bagi majlis berbuka puasa bersama rakyat. -Berita Harian

TPM Ahmad Zahid Harap Agensi Penguatkuasaan Fahami Tugas Media

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agensi-agensi penguatkuasaan memahami tugas media, yang antara lainnya bertujuan memberi kesedaran mengenai agensi berkenaan kepada masyarakat. Sambil meminta laporan mengenai sesebuah agensi penguatkuasaan tidak disalahertikan, beliau berkata dalam dunia tanpa sempadan kini, media berperanan memberi liputan dan pendedahan mengenai agensi penguatkuasaan.

1,000 Berbuka Puasa Bersama Zahid

Image
Hampir 1,000 orang menghadiri Program Penerapan Nilai Murni Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Sri Satria, di sini, hari ini. Majlis turut dihadiri isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Parlimen serta pemimpin UMNO.

TPM Akan Kemuka Cadangan Pembangunan Lembah Bernam Kepada Kabinet

Image
Kawasan Lembah Bernam berpotensi dijadikan kawasan pembangunan baharu yang dikenali sebagai Kawasan Kemajuan Lembah Bernam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan Pusat memandangkan kawasan yang merangkumi Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam di Selangor serta sekitar Tanjung Malim dan Bagan Datoh di Perak mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

Umat Islam Diseru Beri Imej Baik Terhadap Islam

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan umat Islam agar memberi gambaran baik terhadap Islam kepada golongan bukan Islam bagi menghakis fenomena Islamofobia. Timbalan Perdana Menteri menyeru umat Islam agar memberi gambaran baik dengan menjaga keharmonian beragama dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.