Posts

Showing posts with the label ASEM

Sidang Kemuncak ASEM Ke-11 Bermula Pagi Ini

Image
ULAANBAATAR, Mongolia - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Ke-11 yang bermula di sini, pagi tadi. Sebaik tiba sebelum majlis perasmian, Timbalan Perdana Menteri menandatangani buku tetamu di ruang legar Hotel Shangri-La sebelum bersalaman dengan Presiden Mongolia, Tsakhiagiin Elbegdorj.

Malaysia Guna Peluang Pada ASEM Untuk Lihat Kesan Brexit

Image
ULAANBAATAR, Mongolia - Malaysia akan menggunakan peluang pada Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-11 yang bermula di sini Jumaat untuk melihat kesan daripada keputusan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) terhadap perdagangan dan pelaburan negara dan juga rantau ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mempunyai hubungan tradisi dengan Britain dan keputusan keluar EU mungkin memberi kesan, terutamanya pelaburan langsung (FDI) di sana.

Sistem Saringan Awal Penumpang Diguna Tapis Warga Asing Masuk Ke Malaysia

Image
ULAANBAATAR, Mongolia - Walaupun Kabinet telah menolak cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengeluarkan visa kepada rakyat Timur Tengah yang memasuki Malaysia, tapisan terhadap warga asing akan dilakukan melalui 'Sistem Saringan Awal Penumpang' (APSS) bagi mengekang kemasukan kumpulan militan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata APSS akan membolehkan maklumat lengkap mengenai warga asing termasuk pelancong diperoleh di tempat mereka berlepas dan pintu masuk secara "masa nyata".

TPM Ahmad Zahid Tiba Di Ulaanbaatar Untuk Menghadiri Sidang Kemuncak ASEM Ke-11

Image
ULAANBAATAR (Mongolia) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-11. Pesawat yang membawa Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chinggis Khan di sini pada 4.24 petang (3.24 petang waktu Malaysia).