Kempen 11 Hari Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Mencukupi
Kempen selama 11 hari untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 yang akan
diadakan pada 7 Mei ini adalah mencukupi untuk parti-parti politik, kata
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi Barisan Nasional (BN), ia harus
menggunakan tempoh tersebut dengan bekerja keras untuk memenangi hati
pengundi.
Ahmad Zahid, yang juga memangku Timbalan Presiden UMNO, berkata
demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai pengumuman
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini bahawa pilihan raya negeri Sarawak
akan diadakan pada 7 Mei dengan hari penamaan calon pada 25 April ini.
Sebelum itu, beliau merasmikan Seminar Sasaran Penting peringkat Kebangsaan 2016, di sini hari ini.
-BERNAMA-