Posts

Showing posts with the label PRN ke-11

Populariti Adenan Jadi Faktor Kemenangan Besar BN

Image
Bahang pilihan raya negeri yang semakin dirasai di Sarawak pada ketika ini mirip dengan pencapaian luar biasa Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004. Ketika itu, selepas 22 tahun kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, pengundi begitu bersemangat untuk melihat perubahan dan memberi kemenangan besar kepada BN yang dipimpin oleh perdana menteri baharu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kempen 11 Hari Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Mencukupi

Image
Kempen selama 11 hari untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan pada 7 Mei ini adalah mencukupi untuk parti-parti politik, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata bagi Barisan Nasional (BN), ia harus menggunakan tempoh tersebut dengan bekerja keras untuk memenangi hati pengundi.

PRN Sarawak: Calon BN Setakat Ini

Image
Sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan hari ini, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah pun menamakan dua per tiga daripada calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi 82 kerusi yang akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang. Berikut adalah senarai calon BN berkenaan termasuk empat calon langsung, yang telah diumumkan setakat ini:

Sejarah Pilihan Raya Negeri Sarawak Sepintas Lalu

Image
Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum. Bagaimanapun, pada tahun 1970 dan 1974, Sarawak mengadakan pilihan raya bagi negeri dan kawasan Parlimen secara serentak.

Zahid Ramal Undi Popular BN Sarawak Meningkat Di PRN Ke-11

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangka undi popular Barisan Nasional (BN) Sarawak meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, seiring dengan populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Zahid berkata, berdasarkan kajian oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang lalu populariti Adenan Satem mencapai tahap hampir 84 peratus pada Januari 2016 berbanding 74 peratus pada Jun 2015.