Pasukan Petugas Bersama Malaysia-UNHCR Ditubuh Tangani Isu Migrasi
PUTRAJAYA - Satu Pasukan Petugas Bersama Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) akan ditubuhkan bagi membolehkan kerjasama berterusan dijalinkan untuk menangani isu migrasi yang kompleks. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bagi membincangkan isu-isu UNHCR yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di di sini hari ini.