Program Melatih Bakal Juara Di Usia Muda Perlu Diperhebatkan
Program latihan sistematik dan bersepadu bagi melatih bakal-bakal juara sejak peringkat usia muda perlu diperhebatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata usaha pencarian bakat-bakat muda ini perlu dilakukan di seluruh negara dan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.