Posts

Showing posts with the label Pengganas

Serangan Di Lapangan Terbang Istanbul Tindakan Amat Dikesali - Ahmad Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan pengebom bunuh diri di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul semalam amatlah dikesali dan harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh masyarakat antarabangsa. Menurut laporan dari Turki, keganasan itu mengorbankan 41 orang dan lebih 230 orang lagi cedera.

Penemuan Bom Di Damansara Perdana Tiada Kaitan Dengan Keganasan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penemuan bom buatan sendiri di sebuah kondominium di Damansara Perdana awal pagi ini tiada kaitan dengan pengganas Daesh. Beliau berkata berdasarkan siasatan awal polis, penemuan itu dipercayai lebih bermotifkan kepada aktiviti jenayah melibatkan beberapa individu dan bukan tujuan keganasan.

Pengganas Perlu Dihalang Daripada Mendapat Dana

Image
Dalam membendung keganasan, terdapat keperluan untuk menghalang para pengganas daripada mendapatkan dana dan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka juga perlu dihalang daripada mengendalikan bahan letupan, pembuatan bom dan senjata api.

PDRM bersedia untuk menangani sebarang Serangan

Image
Ketua Cawangan Bahagian Counter Terrorism Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Ayob Khan berkata ancaman Negara Islam adalah ketara. '' Ia tidak boleh dipandang ringan. Kita perlu berjaga-jaga pada setiap masa, "katanya.

Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Jakarta

Image
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Jakarta, Indonesia hari ini yang mengorbankan nyawa beberapa orang yang tidak berdosa. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbuatan keji itu harus dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.

Malaysia Tidak Biarkan Keganasan Berlaku

Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan dan tidak akan membiarkan sebarang bentuk tindakan itu berlaku sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun di dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid. Sambil mengutuk siri serangan di Paris pada Jumaat malam yang setakat ini mengorbankan lebih 100 orang, beliau berkata Malaysia terkejut dan amat sedih dengan serangan pengganas itu yang mengorbankam banyak nyawa di ibu negara Perancis itu.