MRSM Kedua Untuk Anak Polis Bakal Dibina Di Perak Tahun Ini
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak khusus untuk anak-anak anggota polis. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata MRSM itu merupakan yang kedua seumpamanya selepas yang pertama di Kulim, Kedah, bagi menempatkan anak-anak anggota polis yang layak dari seluruh negara.