Posts

Showing posts with the label Keselamatan

Prosedur Operasi Standard Urus Keselamatan Aset Strategik Dikaji Semula

Image
Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan keselamatan segala aset strategik negara perlu dikaji semula susulan bentuk ancaman keganasan yang semakin berubah dari semasa ke semasa. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata definisi aset strategik sebelum ini hanya memfokuskan kepada aset-aset penting kerajaan perlu diperhalusi semula memandangkan banyak aset-aset penting kini dimiliki pihak swasta termasuk stesen janakuasa elektrik dan stesen televisyen.

Potensi Besar Perluasan Kerjasama Malaysia-UK Dalam Bidang Keselamatan

Image
Malaysia dan United Kingdom memiliki potensi besar menjalin kerjasama dua hala yang lebih erat dalam bidang keselamatan terutamanya soal pencegahan aktiviti jenayah rentas sempadan dan kegiatan cegah keganasan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Perkara ini, kata Timbalan Perdana Menteri disepakati pada pertemuan beliau dengan Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom, Theresa May di sini pada Selasa.

Malaysia Minat Contohi UK Perketat Peraturan Majlis Keselamatan Negara

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia berminat mencontohi United Kingdom (UK) tentang cara pengurusan National Security Council di negara itu untuk disesuaikan dengan pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Katanya beberapa elemen penting diperkenalkan National Security Council yang disesuaikan mengikut acuan dan kehendak landskap politik di UK boleh diguna pakai di Malaysia oleh MKN.

Tahap Keselamatan Di Daerah Belaga Dipertingkatkan

Image
Tahap keselamatan di daerah Belaga dan kawasan berdekatan sempadan Indonesia akan dipertingkatkan tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya satu rejimen tentera sempadan akan ditempatkan di sana manakala kekuatan anggota RELA setempat juga akan ditambah.