Gapena Perlu Hasilkan Lebih Banyak Karya Futuristik
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) perlu menghasilkan lebih banyak karya penulisan dan sastera berbentuk futuristik yang boleh menggambarkan bentuk politik dan budaya negara di masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ia penting untuk memberi gambaran kepada generasi hari ini bagaimanakah keadaan negara selepas tahun 2020 ataupun setelah negara mencapai usia kemerdekaan 100 tahun pada 2057.