Posts

Showing posts with the label Dr Zakir Naik

Kerajaan Campuran UMNO-PAS Beri Banyak Kebaikan Kepada Malaysia - Dr Zakir Naik

Image
Kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam, kata pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik. Katanya beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.

Dr Zakir Naik Seorang Yang Bijak, Tidak Promosi Keganasan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik sebagai seorang yang bijak sambil menafikan ilmuan Islam itu mempromosikan keganasan. Ahmad Zahid berkata pemantauannya terhadap syarahan-syarahan Dr Zakir di beberapa negara serta tindakan Kanada dan United Kingdom tidak membenarkannya memasuki negara-negara berkenaan tidak memperlihatkan beliau mempromosikan keganasan.

Dr Zakir Berterima Kasih Kepada Kerajaan Benarkan Ceramah Di Melaka

Image
BESUT, 13 April - Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kebenaran kepada beliau menyampaikan ceramah di Melaka Ahad ini. Beliau menyatakan rasa syukur walaupun tajuk ceramah ditukar dan menganggap ia cabaran biasa sebagai pendakwah. Pada awalnya beliau dijadual menyampaikan ceramah bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' kemudian ditukar kepada 'Women's Right In Islam'.

Kerajaan Benar Dr Zakir Berceramah Di Melaka, Perlu Tukar Tajuk

Image
Kerajaan membenarkan pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik mengadakan syarahan umum di Melaka namun perlu menukar tajuk syarahannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron supaya majlis dijadualkan pada 17 April di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) itu diteruskan dengan tajuk yang berbeza.